Thhee,
Tajuk entri kali ini bunyi macam emosemel. Ya, emosemel. Istilah itulah yang menjadikan kehidupan aku dan kawan2 di KTT penuh dengan gelak ketawa. Emosemel ialah emotional. Kalo bagitahu dekat DBP mesti dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Kamus Dewan edisi kelima. Mesti famous kan? Hahahaha.. Kisah asal usul istilah emosemel ini? Ada. Sangat panjang. Lain kali sahaja aku cerita sebab cerita dia sangat panjang. Melibatkan pelajar JPA dan MARA (kitorang) di KTT, Sepang. Kali ni aku nak tulis pasal tajuk diatas.
“Let it go..”. Dialog tu selalu muncul dalam citer tak kiralah korang tengok dekat tv, panggung wayang, laptop atau mungkin dalam dialog sekali sekala kepada kawan rapat kita. Dialog tersebut diucapkan kepada seseorang supaya melepaskan apa yang dia dok fikir, apa dia dok ingat selama nie, kadang2 sampai bawak kepada kemurungan, stress, depression. Tipikalnya melibatkan kes cintan cintun nie. Betul tak? Kalo dah break up, atau salah sorang dari dua dah mati, tak pun kena meninggalkan kekasih hatinya. Ayat ni biasanya dicakapkan oleh kawan rapat kepada si emosemel. Untuk membantu si emosemel tinggalkan apa yang telah berlalu dan mulakan hidup baru.
Dialog ni memang mudah sangat diucapkan. Sangat mudah. Bermodalkan air liur, suara lembut prihatin, mata yang sedikit kuyu digenangi kasihan. Memang tu yang akan dilihat atau kelihatan pada waktu dan ketika itu. Memujuk sahabat yang sedang kesedihan agar dilupakan kesedihan itu dan menumpukan pada masa depan. Kata mereka, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. (Ayat standard kaunselor atau menyamar sebagai kaunselor. Hakikatnya, melepaskan sesuatu yang amat penting dalam hidup bukanlah sesuatu yang sangat mudah. tambahan lagi apabila melibatkan insan yang sangat penting dalam hidup. Segalanya mengenai dia. Daripada makan, minum, gelak tawa, sedih pilu. Memang sukar. Dan pada waktu inilah sahabat atau teman rapat memainkan peranan dalam membantu untuk bergerak kehadapan.
Melepaskan sesutu atau dalam ayat fames “Let it go..” bukanlah bermakna kena mengosongkan diri daripada benda yang hendak dilepaskan itu. Manakan dapat nak melupakan sesuatu yang suatu pada masa dahulu merupakan sesuatu yang sangat penting. Otak bukannya hard disk atau pendrive yang boleh delete maklumat macam tu aje. Ia perlukan masa. Selama mana? Terpulang kepada separah mana keadaan dan sekuat mana diri untuk keluar daripada keadaan. Jadi, jangan kita berasa pelik dengan seseorang yang masih tak dapat “move on” walaupun mungkin dah berbulan-bulan. Kadang-kadang bertahun! Apapun, sokongan perlulah diberikan kepada golongan yang terpaksa “move on” atas apa yang berlaku terhadap mereka. Payah memang payah tetapi hidup mesti diteruskan.
Apa yang penting dalam masalah ini ialah perlunya pihak yang bermasalah dan yang hendak membantu menyelesaikan masalah memahami situasi dan saling memahami. Kepada si emosemel, memang tak dapat dinafikan bahawa “move on” memang sukar. Tetapi hidup masih panjang dan banyak perkara yang dapat dilakukan. Segalanya ada baik buruknya. Kepada rakan yang hendak membantu menyelesaikan masalah si emosemel, cubalah memahami dan memberikan ruang kepada si emosemel. Apa yang penting bukan sahaja mendengar, tetapi juga memahami masalah. Kalau sekadar ikut teori cakap aja masalah kurang, maka golongan ini adalah mereka yang tak prihatin terhadap orang lain. Percayalah, bukan sekadar kesudian mendengar diharapkan daripada si emosemel, tetapi juga kesudian memberikan cadangan dan kata-kata semangat kepada si emosemel. Barulah ada komunikasi 2 hala. Kalau tak, baik si emosemel pergi bercakap dengan kucing, pokok pisang, ayam, ikan emas dalam akuarium.
“Move on..”, “Let it go..” adalah dialog yang biasa diucapkan dan didengar tetapi membuatnya amatlah payah. Jadi, berilah ruang dan masa untuk bergerak. Masalah hendaklah ditangani dengan bijaksana dan akal, bukannya dengan emosi kerana emosi bertembung dengan emosi akan menimbulkan masalah lain pula.
Sekian.. Hilangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, buat produktiviti.