Hye…
Aku kini di Bangalore. Menyusur ke sana seorang diri daripada Bangalore International Airport. Aku dan kawan2 yang lain bertolak dari Davangere ke airport Bangalore menaiki bas kolej. Pukul 7.15 kami bertolak ke sana. Perjalanan lebih kurang 5 jam tak terasa sebab kami hanya tidur sahaja setelah semalaman tak tidur. Ada yang packing, ada layan movie dan aku…. hanya menonton muvie Rambo sampai ke pagi.
Dalam pukul 2.15 petang, Din, Lan, Naqib, Chou, Wak, Naga, Hendrix dan FB check-in. Maka tinggallah aku keseorangan di luar airport Bangalore. Aku ke Sri Lakshmi Comfort dengan teksi airport. Kena caj Rs541. Walaupun mahal, tapi berbaloi sebab sampai cepat dan terus ke hotel.
Aku terasa sunyi sangat2. Kawan2 aku dah tak ada. Semua balik ke Malaysia. Shamim dan Shidi datang 10/1. Aku terpaksa lepak di Bangalore sorang2. Duduk di hostel? Macam nak gila. Aku kena keluar dari Davangere. Baru selesa dan tak rasa tertekan. Kalau tak, memang aku jadi gila, terperap di Davangere yang tak ada apa-apa tu. Roommate? Aku tak suka dia. Please, kalau nak tengok cerita, dengar lagu aku tak kesah. layan je. Tapi, jangan ganggu orang lain dan buat2 tanya “Aku mengganggu kau ke?”. Memang soalan bertaraf bangang dan goblok. Aku tak kesah kalo ko nak pasang speaker, tapi tak payah la kuat2 sampai terganggu orang lain. Kalau nak dengar kuat, ada alat dinamakan headphone. Letak kat telinga tu. Kalo tak cukup kuat, ambik earphone yang boleh sumbat masuk dalam lubang telinga. Kan ko tahu sangat dengan teknologi nie.. Benda semacam tu tak bleh nak fikir ke?
Aku keseorangan.. Sunyi.. Aku cukup rindukan kawan2 aku berada di sekeliling aku. Faris.. Shamim.. Abu.. Lan.. Din.. Naqib.. Chou..
AKu sekarang kekosongan.. Aku di Bangalore ini melepaskan kesunyian.. Tapi, keseorangan..
AKu tengok citer Grey’s Anatomy.. Dan aku menangis keseorangan dihujung cerita tu.. Sebab aku keseorangan..
dan sekarang aku menangis lagi..
keseorangan..
kesunyian..
kesepian..
