Hye..
Entri kali ni bukannya untuk berkongsi fakta2 “anda tak tahu?” tapi aku rasa ini sebahagian daripada perkongsian pemahaman psycho yang anda rasa2nya perlu tahu untuk masa depan yang cerah..
Setelah membaca buku ‘Why Mars and Venus collides?’ karya Dr John Gray, saya secara ringkasnya dapat menyimpulkan bahawa cara lelaki dan wanita menangani masalah dan stress adalah berbeza. Wanita lebih suka kepada meluahkan masalah dan bercerita mengenainya manakala lelaki lebih cenderung untuk “go into the cave until he came out with solution or he is calm down”. Itu asas yang paling ketara yang dapat dilihat secara kasar. Selain itu, lelaki juga lebih kepada diam kerana lebih kepada berfikir.
Itulah yang berlaku kepadaku. Aku stress sekarang. Aku perlukan ruang dan masa untuk bersendiri. Pergi menginap di motel semalam dua adalah pilihanku.
Aku juga bengang apabila ada orang yang tak berapa nak faham istilah amanah. Cukup bengang.. Aku ceritakan masalah aku kepada F. Dan aku juga ceritakan masalah aku, dengan perkara yang sama kepada S. Walaupun S dan F sama2 tahu mengenai masalah aku, tak perlulah diceritakan kepada sesama sendiri dihadapan tuan punya masalah. Soalan aku kepada S “You really doesn’t know where and when to shut your fucking mouth, isn’t?”. Istilah amanah mana yang dia pakai? Aku nak koyak kamus dewan edisi dia!
Sakit hati dan aku rasa macam nak sepak aje. Tapi.. nak buat macam mana lagi.. Terlajak berjalan boleh di undur, terlajak kata nasi dah jadi bubur.. Tapi bubur basi.. LOL..
Aku jenis yang bersendiri dan adakalanya aku akan lebih untuk berkongsi masalah dan menangis dan ditenangkan oleh orang lain. Hidup aku sentiasa keseorangan dari kecil sampai ke oversea. Aku bukannya jenis yang suka meluahkan masalah kepada orang lain tak tentu pasal. Aku luahkan kepada mereka yang tertentu sahaja. Lagi bermasalah apabila yang diharapkan itu yang menambahkan lagi masin dan pahit dalam masalah. ‘terima kasih’ kepada S kerana anda dah ‘manis’kan masalah ini.
Kesimpulannya, know where and when to do the right thing and right words.
A.R Tompel : Harapkan pagar, pagar makan padi
-Laksamana Do Re Mi
